Saturday 31 August 2019

USAHA-USAHA STAF 2017-2019







GAMBAR-GAMBAR 2017-2019




TAKWIM/RANCANGAN TAHUNAN AKTIVITI KK (KELAB SPBT) 2019 SJK(C) CHUNG HUA MARUDI


TAKWIM SPBT SJK(C) CHUNG HUA MARUDI



CARTA ORGANISASI KELAB SPBT 2019


CARTA ORGANISASI UNIT SPBT SJK(C) CHUNG HUA MARUDI



SEJARAH B.O.S.S. SJK(C) CHUNG HUA MARUDI

SEJARAH B.O.S.S. 
SJK (C) CHUNG HUA MARUDI


Bilik Operasi Skim Pinjaman Buku Teks Sekolah SJK (C) Chung Hua Marudi telah mula beroperasi pada tahun 1973, iaitu semasa bantuan buku teks diperkenalkan. Semasa itu, buku teks hanya dipinjam kepada murid yang layak sahaja, iaitu RM200 semua anak layak manakala had maksimum pendapatan ibubapa ialah RM500.
Bilik Operasi Skim Pinjaman Buku Teks Sekolah SJK (C) Chung Hua Marudi terletak di bahagian tengah tingkat 2, Blok Pentadbiran dan bersebelahan dengan Bilik Pergigian. Keadaan bilik ini sentiasa bersih dan kemas di bawah kendalian Guru Penyelaras SPBT. Sebuah bilik kecil yang terletak di dalam Bilik Operasi Skim Pinjaman Buku Teks Sekolah telah diperuntukkan sebagai bilik pelupusan buku-buku SPBT.
Bermula tahun 2007, bilik SPBT telah dinaik taraf sebagai Bilik Operasi SPBT Sekolah (B.O.S.S.). B.O.S.S. bukan sahaja dapat memastikan buku teks sumbangan kerajaan menjangkau jangka hayat yang telah ditetapkan, malah dapat digunakan dalam tempoh masa yang lebih panjang.
Konsep B.O.S.S. yang diperkenalkan oleh BBT ke sekolah-sekolah ini telah menunjukkan perubahan dalam aspek penjagaan, penyimpanan buku teks dan juga peningkatan terhadap pengurusan program SPBT secara menyeluruh.

Tempat simpanan buku teks yang terurus adalah salah satu aspek penting dalam pengurusan SPBT di sekolah. Kewujudan B.O.S.S. SJK (C) Chung Hua Marudi ini dapat memastikan buku teks sumbangan kerajaan menjangkau jangka hayat yang telah ditetapkan dan dapat digunakan dalam tempoh masa yang lebih panjang.

Bagi menjamin penjagaan dalam keselamatan buku teks SPBT, pihak kami sentiasa berusaha menguruskan B.O.S.S. dengan efisyen. B.O.S.S. diwujudkan dengan konsep bilik ini digunakan sebagai tempat yang menguruskan pelbagai urusan berkaitan SPBT. B.O.S.S. SJK (C) Chung Hua Marudi mempunyai kemudahan asas seperti rak buku, meja, kerusi, kipas, lampu, alat pemadam api, kawalan haiwan/ serangga perosak, kabinet/almari fail, papan kenyataan, kaunter, peti kecemasan dan sebagainya.