Saturday 31 August 2019
SEJARAH B.O.S.S. SJK(C) CHUNG HUA MARUDI
SEJARAH B.O.S.S.
SJK (C) CHUNG HUA MARUDI
Bilik Operasi Skim Pinjaman Buku
Teks Sekolah SJK (C) Chung Hua Marudi telah mula beroperasi pada tahun 1973,
iaitu semasa bantuan buku teks diperkenalkan. Semasa itu, buku teks hanya
dipinjam kepada murid yang layak sahaja, iaitu RM200 semua anak layak manakala
had maksimum pendapatan ibubapa ialah RM500.
Bilik Operasi Skim Pinjaman Buku
Teks Sekolah SJK (C) Chung Hua Marudi terletak di bahagian tengah tingkat 2,
Blok Pentadbiran dan bersebelahan dengan Bilik Pergigian. Keadaan bilik ini
sentiasa bersih dan kemas di bawah kendalian Guru Penyelaras SPBT. Sebuah bilik
kecil yang terletak di dalam Bilik Operasi Skim Pinjaman Buku Teks Sekolah
telah diperuntukkan sebagai bilik pelupusan buku-buku SPBT.
Bermula tahun 2007, bilik SPBT
telah dinaik taraf sebagai Bilik Operasi SPBT Sekolah (B.O.S.S.). B.O.S.S.
bukan sahaja dapat memastikan buku teks sumbangan kerajaan menjangkau jangka
hayat yang telah ditetapkan, malah dapat digunakan dalam tempoh masa yang lebih
panjang.
Konsep B.O.S.S. yang diperkenalkan
oleh BBT ke sekolah-sekolah ini telah menunjukkan perubahan dalam aspek
penjagaan, penyimpanan buku teks dan juga peningkatan terhadap pengurusan
program SPBT secara menyeluruh.
Tempat simpanan buku teks yang
terurus adalah salah satu aspek penting dalam pengurusan SPBT di sekolah.
Kewujudan B.O.S.S. SJK (C) Chung Hua Marudi ini dapat memastikan buku teks
sumbangan kerajaan menjangkau jangka hayat yang telah ditetapkan dan dapat
digunakan dalam tempoh masa yang lebih panjang.
Bagi menjamin penjagaan dalam
keselamatan buku teks SPBT, pihak kami sentiasa berusaha menguruskan B.O.S.S.
dengan efisyen. B.O.S.S. diwujudkan dengan konsep bilik ini digunakan sebagai
tempat yang menguruskan pelbagai urusan berkaitan SPBT. B.O.S.S. SJK (C) Chung
Hua Marudi mempunyai kemudahan asas seperti rak buku, meja, kerusi, kipas,
lampu, alat pemadam api, kawalan haiwan/ serangga perosak, kabinet/almari fail,
papan kenyataan, kaunter, peti kecemasan dan sebagainya.
MOTTO,VISI,MISI B.O.S.S. SJK (C) CHUNG HUA MARUDI
B.O.S.S. SJK(C) CHUNG HUA MARUDI
MOTTO
SJKCHM PERINTIS
B.O.S.S. TERUNGGUL
VISI
MEMACU PENGURUSAN SPBT
DAN
B.O.S.S. CEMERLANG
MENJELANG 2021
MISI
BERTANGGUNGJAWAB,
PRIHATIN DAN BERDEDIKASI
TERHADAP
PENGURUSAN SPBT
BAGI MENJAMIN KECEMERLANGAN ILMU
Subscribe to:
Posts (Atom)